Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label bazar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label bazar ramadhan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

15 Kanak-Kanak mati sebab "otak-otak" dan "air batu campur"

Terkejut dan sedih abah lepas baca dekat Malaymail online mengenai punca kematian seorang kanak-kanak perempuan yang tinggal di Meru. Korang boleh baca disini Ramadan bazaar food death not due to cholera.

Isnin yang lalu, beliau yang berusia 11 tahun muntah-muntah dan cirit-birit selepas dia berbuka puasa dengan memakan otak-otak dan air batu campur yang di beli di bazar ramadhan.

Otak-otak enak dimakan..tapi berwaspadalah

Menurut Encik Azman Abu Bakar, Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, beberapa ahli  keluarga lain turut mengalami simptom keracunan makanan.

Abah tak taulah segelintir sikap peniaga sekarang ni..hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kualiti dan kebersihanan makanan yang dijual. Diaorang ni nak jual makanan ke nak jual RACUN?Apa perasaan korang peniaga jenis macam ni? kejam betul..

Awal Ramadhan hari tu abah ada beli gulai kawah tapi rasa macam hampeh..tu abah cakap gulai kawah ke gulai sawah..

Menurut Encik Azman lagi sampel makanan daripada bazaar ramadhan telah pun diambil untuk dianalysis. Jika benar kematian berpunca daripada makanan yang dimakan, abah minta kerajaan ambik tindakan yang sewajarnya terhadap peniaga tersebut.

Mesti kelam suasana Aidilfitri keluarga ini bila anak kesayangan mereka pergi buat selamanya. 


Nasihat abah, jika anda sakit perut/ cirit-birit/ muntah-muntah, cepat-cepat dapatkan rawatan. 
OOOiiiitttt segelintir peniaga!!!! abah rayu sangat tolonglah jaga kualiti makanan. Janganlah sebab makanan korang jual, ada nyawa yang melayang. Tolonglah masak makanan semasak-masaknya, tak abis dijual buang je lah makanan tu takpun ko makan je lah sendiri!

Al-fatihah buat arwah......

Monday, August 8, 2011

3 Bulan ini bulan Kemerdekaan + Ramadhan + Aidilfitri

Sedar ke tak kita, sekarang dah masuk lapan hari berpuasa di Bulan Ramadhan..pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu..pantas betulkan..

dan...

sedar atau tidak kita, bahwa bulan ini juga merupakan bulan yang cukup bersejarah iaitu bulan kemerdekaan.

Bulan ni cukup bermakna kerana kita bukan sahaja menyambut bulan kemerdekaan dan bulan Ramadhan malah hari yang dinanti-nanti iaitu Aidilfitri juga kita akan sambut dalam bulan Ogos..3 in 1.


Yang bestnya cuti pun panjanglah kan...30 Ogos, 31 Ogos cuti dan 1 September pula cuti ganti..cuti lagi..sesetengah company bagi cuti Isnin..free cuti lagi..

InsyaAllah 30 dan 31 nanti kita akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan berpuasa dan hari sambutan kemerdekaan akan ditunda pada 16 September iaitu hari Malaysia Day..sambut sekali time tu..Almaklumlah kalau dah raya confirm orang nak berarak raya bukan nak berarak sambut kemerdekaan..hehehe..

tanggal 31 bulan lapan 57
hari yang mulia
hari yang bahgia
sambut dengan jiwa yang merdeka
mari kita seluruh warga negara
ramai-ramai menyambut hari merdeka!
merdeka!

mesti korang ingat akan lagu yang cukup sinonim dengan bulan kemerdekaan ni kan..tiba-tiba je semangat membara kalau menyanyikan lagu ni..kalau tidak maksudnya kuranglah tu perasaan cinta terhadap Malaysia.

dalam kita menghayati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini janganlah kita lupa akan bulan kemerdekaan Malaysia, susah payah orang dulu-dulu ingin memerdekakan tanah melayu, bergolok gadai, mempertaruhkan nyawa mereka...sanggup bermati-matian demi negara yang tercinta.

Mungkin sekarang ni kita tak perlu nak angkat senjata, keris untuk menentang musuh kerna kita sudah lama merdeka..sudah 54 tahun kan..Alhamdulillah..Apa yang perlu ada MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN yang selama ini kita kecapi daripada anasir-anasir yang cuba memusnahkan dan memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Abah teringat kata-kata Pak Ngah kepada wife yang umurnya dah mencapai 90 tahun lebih masa pergi ke rumah beberapa bulan lepas"Pak Ngah dulu time jepun ada takut nak keluar rumah, silap-silap kena pancung..makan ubi kayu je" cerita pak ngah. Time tu bercerita pasal basikal tua dia..teringat dia zaman-zaman dulu.

So, korang dah apply cuti ke? Yang mana student tu of course confirm memang ada cuti, yang bekerja tu plan lah cuti..almaklumlah kena beraya belah keluarga sendiri dan keluarga wife..kena apply lama sikit. jangan gaduh sudahlah berebut nak balik mana..hehehe.

Fuhhhh!...tiba-tiba patriotik pulak..sepatutnya Monday blues.

Tuesday, August 2, 2011

16 Gulai kawah ke gulai sawah

Angin tak satu badan bila lauk yang kita beli rasa macam hampeh!

Inilah gulai sawah yang tak sedap!rasa macam hampeh!tak luak pun..

Tulah yang terjadi semalam masa berbuka..gulai kawah yang nampak enak tetapi rasa macam gulai sawah je..Bukanlah nak menghina mahupun mengutuk di bulan mulia ni tapi just for sharing mengenai sikap peniaga hari ini.

Kadang-kadang tu karipap isi kentang ada lah beberapa ketul, kosong je..kuih kadang-kadang tu tak rasa macam kuih...nak meniaga ke taknak meniaga diaorg ni!

Kita bayar guna duit ok! bukan dengan bulu...so seharusnya rasa makanan yang dijual harus dititikberatkan. Janganlah jadikan berpuasa sebagai alasan kuih, air, atau lauk-lauk lain tk sedap..korang bukan baru 2 atau 3 hari meniaga..Biasanya orang dah berpengalaman tutup mata pun boleh tahu sukatan!

Kebanyakkan(bukan semua ok) hanya memikirkan keuntungan sahaja..rasa sedap ke tak belakang kira..halal ke duit tu??

Abah dah banyak kali terkena, tahun lepas ramadhan pun sama..kuih tak rasa macam kuih..tahun ni pulak gulai kawah rasa ayooooo....

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates