Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

0 Harimau Malaya Kena Suntik Dengan Datuk Seri Najib

Tajuk artikel sebenar di surat khabar Berita Harian adalah Harimau Malaya Dapat Suntikan Semangat, tapi saja nak tukar bagi lebih menarik.

Semalam Datuk Seri Najib telah meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengenai persediaan skuad negara.


Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki AFF menentang Singapura pada Ahad ini, kemudian akan berdepan dengan Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Mudah-mudahan Malaysia mampu melakar sejarah sekali lagi dan mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF.

Insentif akan diberikan kepada mereka seandainya berjaya.

Tapi bila fikirkan perlawanan persahabatan yang lalu bertemu dengan Thailand, Laos, Hong Kong dan Bangladesh macam tipis je peluang.

Tapi bola itu bulat dan 90 minit masa yang diperuntukkan untuk skuad Harimau Malaya berjuang habis-habisan!

Tuesday, August 9, 2011

11 Bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan

Yeaahhhhhh..dapat bonus!

Tapi abah tak keje dengan government..hehehe..kira tak dapatlah kan..sonok betullah kakitangan kerajaan ye bila Datuk Seri Najib umumkan bonus setengah bulan gaji.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.

Kalau gaji RM3,000 dah dapat RM1,500....mmmmm..banyak menda boleh buat dengan duit sebanyak tu..apa lagi shopping raya lah diaorg ni.


Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kat sini ada kakitangan kerajaan? Korang dapat bonus nak beli apa? cer cite..cer cite.

Abah pun insyaAllah dapat juga bonus advance tolak bonus hujung tahunan..Dato' MD memang selalu buat macam tu pasal dia faham staff dia nak guna duit bila raya. Separuh daripada bonus tu dah abis untuk duit raya anak buah, travelling lagi,tol lagi,baju raya? mmmm..abah plan nak pakai baju 2 tahun lepas je..bukan orang tau pun.hehehe.Tapi sekarang korang dah tau lah.


Kalau husband kerja kerajaan secara automatiknya duit bonus korang akan berpindah ke akaun anda dan seterusnya ke dalam akaun wife anda..errrrr..betul ke macam tu?


Hari ini dah Ramadhan ke-9, sekejap je..amacam persiapan raya korang?biskut raya dah tempah?

Kalau kat office kebiasaannya akan adalah peniaga-peniaga yang hanya muncul time nak puasa dan raya cuba menembus pasaran kuih raya. Kat ofis abah ni pun dah berapa orang datang suh beli biskut raya. Sori abah tak makan biskut raya..biskut merry abah makan.



Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates