Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Liwat. Show all posts
Showing posts with label Liwat. Show all posts

Monday, January 9, 2012

5 Rangkuman Berita Mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim

Mahkamah Adil, Kata Nik Aziz
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat melibatkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan mahkamah adalah adil, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berita lanjut

Perhimpunan Dicemari Insiden Letupan
Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah di Jalan Duta di sini selepas Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan berhubung kes liwat pada Isnin, mengakibatkan lima orang cedera. Berita Lanjut


Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan. Berita lanjut


Anwar tidak bersalah atas tuduhan fitnah II

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi.Berita lanjut
Kes liwat Anwar: Majlis Peguam sambut baik keputusan
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat dan menyatakan bahawa “prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu”.
"Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” kata Presidennya, Lim Chee Wee dalam satu kenyataan.Berita lanjut


Mohd Saiful Reda Dengan Keputusan Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.


Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.


Guang Eng Berharap Tiada Lagi Konspirasi Terhadap Anwar
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.


Sambil menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat sebagai keadilan yang terbukti, Guan Eng juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut. Berita Lanjut




11 Gambar-Gambar Sekitar Pembebasan Dato' Seri Anwar & Perhimpunan 901

Rasanya semua sedia maklum mengenai keputusan perbicaraan kes Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah .

Meh kita tengok sedikit gambar perhimpunan 901 di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta dan beberapa keping gambar Dato' Seri Anwar selepas keputusan dibacakan.










sumber gambar: NST

2 Anwar Bebas Pertuduhan dan Dilepaskan

Latest update mengenai keputusan perbicaraan kes Dato Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan mahkamah dsai yang diperolehi menerusi twitter menyatakan bahawa ;

1. Anwar ibrahim dilepaskan daripada tuduhan fitnah liwat II
2. Anwar dilepaskan sebab dia didapati tidak bersabit kesalahan dalam kes liwat sba.
3. Secara automatik DSAI dibebaskan daripada sebarang hukuman.
4. Punca Anwar Ibrahim dibebaskan daripada kes adalah disebabkan bukti dna dan pengakuan lisan yang menuduh [sba] tidak cukup kuat untuk menyabitkan dsai dengan kesalahan liwat.
5. Hakim tidak memberikan penghakiman lengkap dalam kes neh. Sebaliknya dia hanya bacakan keputusan pendek yang kurang dari 10 minit berserta dengan keputusan dan kesimpulan kes.
6. Untuk rekod, SBA boleh merayu semula dalam kes neh. 
 
Ramai tu yang hadir menantikan keputusan mengenai kes liwat Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.Nasib baik tiada rusuhan yang berlaku. Ke ada? abah pun tak sure.

Yang pasti segala persoalan mengenai kes liwat beliau akhirnya terjawab apabila Anwar di dapati tidak bersalah dan dibebaskan.



3 Keputusan Kes Liwat Anwar dan Pehimpunan 901

Dengarnya pagi ini keadaan jalan agak sesak. Betul ke?

Adakah kesesakan disebabkan hari ini hari isnin, sesi persekolahan telah bermula ataupun disebabkan perhimpunan 901?

Alhamdulillah, pagi tadi abah keluar dari rumah macam biasa dalam 6.40 pagi dan kesesakan biasa dialami dari Selayang, Kepong dan kawasan sekitar. Tiada pula sekatan polis berdekatan jalan Kuching dan Ipoh tadi.

Pagi tadi lepak dekat kedai kopi sambil tengok Astro Awani. Lebih kurang pukul 8.00 pagi dianggarkan seramai hampir 4,000 penyokong Dato' Anwar Ibrahim memenuhi ruangan yang disediakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Perhimpunan ini yang dipanggil 901.

Tekak teki berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan,akan terjawab hari ini setelah empat tahun dibicarakan.

Bersalah atau tidak beliau sama-sama kita nantikan keputusannya.

Monday, October 10, 2011

24 Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Sumber Harian Metro

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates