Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Hot FM. Show all posts
Showing posts with label Hot FM. Show all posts

Friday, October 7, 2011

17 Farah Fauzana digodam

Kecian Farah Fauzana, penyampai Hot FM apabila apabila e-mel dan akaun laman sosialnya digodam hujung bulan lalu. Menurut Farah Fauzana akaunnya telah beberapa kali digodam sebelum ini.

Lebih menakutkan lagii apabila maklumat peribadi beliau dan penyampai lain turut dimuaturun oleh penggodam. Apalah  yang depa nak buat dengan maklumat tu.


Namun begitu sejauh manakah kebenaran penggodam itu jahat? Mari kita tengok antara berita berkaitan penggodam:


 “ CLERMONT-FERRAND – Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.” – Kosmo Online.


“ SYDNEY – Seorang pelajar sekolah di Australia, Pearce Delphin yang berumur 17 tahun menyatakan dia tidak berasa kesal kerana menyebabkan laman mesej Twitter terjejas selama lima jam pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam. – Kosmo Online.” 

Seterusnya kita tengok istilah-istilah bagi penggodam


a) Topi hitam :- Seseorang yang menceroboh keselamatan komputer tanpa izin bertujuan keganasan dan vandalisme.

b) Topi kelabu :- Penggodam yang etikanya tidak jelas atau di atas pagar perundangan dan seringkali mengaku perbuatannya.

c) Topi putih :- Penggodam topi putih merupakan seseorang yang mempunyai etika dan tujuan pencerobohan keselamatan maklumat adalah untuk mengenal pasti kelemahan-kelemahan sistem di dalam sesebuah syarikat.

So terpulang kepada anda untuk menilainya.


Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates