Alhamdulillah dah masuk minggu ke 7 wife mengandung anak kedua ni..Peringkat 3 bulan pertama ni orang panggil first trimester.
Sejak mengandung ni wife telah mempunyai deria bau yang teramat hebat sampaikan dia tak boleh bau perfume kereta, bau daun pandan yang letak dalam kereta pun tak boleh..bukan itu sahaja telur goreng dadar pun dia rasa nak muntah..
Kalau dulu masa mengandungkan Nur Iman wife cuma tak boleh bau minyak rambut AK. Tapi sekarang tau bau-bauan deria hidung dia telah meningkat hampir 200%.hahaha..Mengalahkan Wolverine X-Men.
Lagi hebat dia dapat menghidu bau kasut baru yang dibelinya yang diletakkan di bawah work station dia. Meloyakan dia cakap bau kasut tu. Sedap apa bau kasut baru kalau kasut lama tu memang pengsan wa cakap sama lu.
OK sayang abang sarankan sayang pakai penyepit kain macam gambar dibawah ni apabila terbau sesuatu yang pada hakikatnya wangi tapi meloyakan pada diri sayang..Kat ampaian ada lebih 20, sila ambil satu simpan dalam handbag.hehehe.




