Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label Akaun 1. Show all posts
Showing posts with label Akaun 1. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

35 Pelaburan Akaun 1 KWSP?

Perhatian untuk ahli KWSP!

Tahukah anda bahawa Akaun KWSP anda dibahagikan kepada dua iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 mengikut pecahan seperti berikut:
  • 70% untuk Akaun 1
  • 30% untuk Akaun 2
dan hanya Akaun 2 sahaja yang dibenarkan untuk pengeluaran untuk pendidikan, pembelian rumah @ membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan @ menyelesaikan pinjaman perumahan dan perubatan.

Namun,

Tahukah anda bahawa mulai 1 Februari 2008, Ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 khusus untuk PELABURAN?

Tidak percaya? ada boleh ke website KWSP [Bertajuk:Pelaburan Simpanan Ahli] untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran akaun 1. 


Di website tersebut anda akan memperolehi maklumat mengenai :-
Ini bermakna anda boleh membuat PELABURAN tanpa perlu mengeluarkan wang tunai poket anda!

Sebab?

Kita hanya buat pelaburan menggunakan Akaun 1 KWSP!

Bayangkan kita berumur 55 tahun dan jumlah simpanan akaun 1 ada RM500,000. Pasti anda akan berkata wooooooo..banyak tu. 

Tapi cuba fikirkan adakah nilai RM500,000 ketika itu cukup atau tidak untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin meningkat?

I don't think so....

Ingat tak 15 tahun lepas dengan 50sen belanja sekolah kita dapat beli nasi lemak sebungkus, air secawan dan kuih. Sekarang? Tepuk dada tengok poket tkpun tanya anak-anak atau anak saudara.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan Akaun 1 KWSP anda boleh emailkan pada AK di azizulidrus@gmail.com

InsyaAllah kita boleh berkongsi maklumat mengenainya.

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates