Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 30, 2013

19 Ketagih Bulu Kucing

Detroit: Apabila menyentuh mengenai tabiat pelik, seorang wanita, Lisa, 43, dari Detroit, Michigan tidak dinafikan memang seorang yang aneh.

Dia mengakui gemar memakan bulu kucing dan menelan tiga perempat bebola bulu kucing sehari.

Dia sudah memakan lebih 3,200 bebola kucing sejak ketagihannya itu bermula sejak 15 tahun lalu.

“Saya ketagih makan bulu kucing,” katanya dalam musim baru program TLC My Strange Addiction. Kisah Lisa adalah satu daripada banyak siri yang sangat pelik dalam musim keempat rancangan popular itu yang akan mula ditayangkan pada 13 Februari depan. 

Lisa menyediakan pilihan snek aneh itu dengan mengumpulkan bulu kucing dari sekitar apartmen tempat tinggalnya termasuk di lantai dan di belakang sofa, tetapi mengatakan “bulu paling sedap ialah daripada tubuh kucing itu sendiri.” 

Dia memanjakan haiwan peliharaannya itu dengan lidahnya seperti ibu kucing memanjakan anaknya serta menjelaskan dia tidak menjilat punggung atau celah kuku kaki haiwan itu. 
Lisa mula menjamah hidangan bulu kucing sebagai cara untuk lebih dekat dengan haiwan peliharaannya itu dan menggelarnya ‘ikatan mesra’. Dia juga berkata bulu kucing amat menenangkan.

Sementara kebanyakan daripada kita tidak boleh menerima walaupun seurat bulu anjing, Lisa ketagih ingin menikmati bulu kucing setiap dua jam.

Dia juga menjelaskan proses ketika mengulum bebola bulu kucing seperti sedang mengulum gula-gula getah.

“Saya akan mencuitnya sedikit dan memasukkan ke dalam mulut. Saya kunyahnya sebentar, mengeluarkannya semula dan memasukkan kembali ke dalam mulut,” katanya. - Daily Mail

Sumber: Harian Metro

19 comments:

  1. emmm... terkedu jap, ada jugak habit camni. memang pelik, apa ke rasalah bulu kucing tu..

    ReplyDelete
  2. tetiba terasa geli pulak baca statement ni.. hehhehe

    ReplyDelete
  3. alamak KA pulak sgt penakut dgn kucing huhuhu

    ReplyDelete
  4. alahaiii.... geli pon ado bila baca

    ReplyDelete
  5. erk ini macam punya orang pun ado yer...

    ReplyDelete
  6. alamak... sangat pelik makan bulu kucing. manusia2....

    ReplyDelete
  7. eii, orang macam nie pon ade..tp nasib baek jgk dia x apa2 kan kucing tu..

    ReplyDelete
  8. macam2 tabiat la dorang ni..ish ish sih

    ReplyDelete
  9. pelik lah plak.. geli pun ada..hehe:)

    ReplyDelete
  10. Graton Casino & Hotel - Mapyro
    Graton Casino & Hotel is a Resorts Luxury 김해 출장샵 Destination, featuring 아산 출장안마 a casino, live 세종특별자치 출장샵 performances, restaurants, live entertainment, 안산 출장마사지 shopping and more. 창원 출장안마

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates