Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 18, 2013

11 Bayi Pertama Lahir di Mahkamah

KANGAR - Seorang wanita, Shahidawati Shabudin, 37, selamat melahirkan seorang bayi lelaki di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, semalam, ketika menunggu suaminya yang sedang mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

Menurut Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah, kejadian itu berlaku jam 10.45 pagi, ketika itu seorang tukang cuci secara kebetulan melalui kawasan berkenaan terdengar suara wanita sedang menangis sambil meminta tolong.

“Pekerja terbabit terus bergegas mendapatkan mangsa dan melihat kepala bayi hampir keluar daripada rahim ibunya.

“Dalam keadaan kelam kabut dia cuba menenangkan keadaan dengan memanggil orang ramai berhampiran Kompleks Mahkamah untuk sama-sama membantu wanita berkenaan,” katanya.

Monica berkata, ibu dan bayi itu berjaya diselamatkan namun, urinya masih tersangkut dan tidak boleh keluar bersama bayi yang dilahirkan sebelum ambulans dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tiba 10 minit kemudian di tempat kejadian.

“Walau bagaimanapun selepas ramai membantu, mangsa dan anaknya dibawa ke hospital untuk rawatan susulan dan kami hanya menyerahkan perkara itu kepada pihak hospital untuk langkah selanjutnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Monica berkata, kejadian itu merupakan kelahiran pertama yang berlaku sepanjang beliau berkhidmat sebagai pendaftar di mahkamah berkenaan.

“Bayi lelaki itu merupakan anak keempat mereka yang dijangka akan dilahirkan pada 1 Februari ini dan berkemungkinan boleh dijadikan sebagai anak angkat mahkamah dengan mencadangkan nama Mohd Arif Hakim ke-pada ibunya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan kepada tertuduh supaya berubah dan insaf dengan kejadian yang berlaku selepas melihat keadaan isterinya yang bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

Sejurus kejadian itu, suasana tegang bertukar pilu apabila tertuduh, Narizam Saad, 37, menangis setelah melihat isterinya bersalin sewaktu dia sedang dibicarakan.

“Tertuduh kemudiannya menangis apabila melihat isterinya yang berada bersama di mahkamah menemaninya, walaupun sedang sarat mengandung,” katanya.

Sementara itu, Majistret, Tuan Zuhair Rosli, yang juga menyaksikan kejadian itu akhirnya membuat keputusan agar tertuduh, dibebaskan dengan pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh dua tahun.

Sumber: Sinar Harian

11 comments:

  1. sebak pon ada baca kisah ni...kasih seorang isteri kepada suaminya..

    ReplyDelete
  2. tacing jap AK... tu la kan... kasih sayang ni indah sebenarnya jadi kita perlu tau cara untuk menghargainya... jangan sia2kan apa yang kita ada...

    ReplyDelete
  3. Harap2 suaminya menghargai isterinya dengan berasa insaf, dan berharap juga suaminya dapat menguatkan semangat untuk berubah.

    ReplyDelete
  4. manusia masih da simpati tapi bila disana nanti .. adakah simpati lagi ?? semoga tertuduh insaf dgn apa yg allah cuba tunjukkan kepadanya ..

    ReplyDelete
  5. moga suami dia benar2 insaf dan berubah utk kebaikan keluarganya...

    ReplyDelete
  6. pasal bini bersalin..laki terlepas hukuman

    ReplyDelete
  7. harap bapak dia insaf seinsafnyer...
    gituler harapan isterinya jugakkan...

    ReplyDelete
  8. bertapa setia isterinya menunggu..kasih isteri.

    ReplyDelete
  9. pengorbanan isteri kan..kalau x insaf x tau la..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates