Salam Syawal ke empat semua!
Lega abah rasa dapat bertemu dengan blogger yang sudi visit blog abah ni walaupun sibuk beraya. Macam mana raya korang meriah?
Abah sekarang dah berada di Selayang, sampai petang semalam dari Penang. Lama juga perjalanan semalam. Abah gerak pukul 12.30 tengahari dan sampai di rumah dalam pukul 7.30 malam. Ingatkan tak sibuk jalan tapi bersesak juga semalam, pastu kemalangan dekat dua, tiga tempat juga.
So hari ini wife abah keje satu hari, abah pula jaga Nur Iman. Petang atau malam ni abah akan pulang beraya ke kampung halaman abah pula di Bukit Sagu, Kuantan. Tambahan pula adik abah nak bertunang esok tengahari(Sabtu) dan abah bertindak sebagai wakil tuan rumah.hehehe..
Semalam masa di kawasan Bukit Merah ada lebih kurang 10 buah geng budak motor bawa motor diaorg dengan lajunya. Laju satu hal, yang abah naik anginnya boleh plak depan abah diorg buat aksi superman. Rasa nak langgar je sekor-sekor.
Bro! Lu orang setakat buat aksi Superman tu wa tak heran beb. Wa biasa tengok banyak kali dah! Buatlah aksi berdiri ke, kaki kat depan ke, kepala kat tayar ke barulah gua kagum beb! Ini setakat buat aksi meniarap atas motor wa sikit pun tak heran. Bulu ketiak wa ketawa berdekah-dekat tengok lu orang wat aksi macam pondan tu!
Diaorang ni memang tak fikir langsung pasal keselamatan diri dan pengguna lain. Jalan tengah sibuk pun sempat lagi diaorg buat aksi macam tu. Entah berapa banyak maki hamun dan doa dilemparkan untuk diaorg. Cukup 40 kali memang selamat jalan diucapkan.
Lu orang nak merempit ke, nak terbang ke bukan highway tempatnya. Pergi trek lah weiii...
Ni abah sarankan lu orang mat rempit@ samseng jalan wat aksi macam ni, baru cepat sikit masuk kubur. Tak susahkan mak bapak dan orang ramai.
Buatlah aksi macam ni barulah wa respect dekat lu orang!
Atau aksi macam ni! Baru mantop!
Aksi macam ni memang wa suspect lu orang..bukan respect ok.
Tapi wa ingat beruk ni lagi berhemah bawak motor daripada lu orang!
credit tu owner's pictures
Mmg pon abah, dah sebakul kene seranah pon tak jadi apa2... Spesis apa pon tatau la...
ReplyDeleteSelamat hari raya AK. :)
ReplyDeleteciter mat rempit mmg x berkesudahan...uiks sapa yg edit pics tue ekk...
ReplyDeletemat rempit kena belajar menunggang dgn beruk2 tu ...
ReplyDeletehaha.. tp betul lah dorg ni menyemak je tgh jalan, kita tak kesah die nak buat apa tu, tu die punye suka, tp kalau die jatuh lps tu kita terlanggar kan dah menyusahkan kita aduhai mat rempit..
ReplyDeleteaksi mat rem makin menjadi2 membahayakan betul la... patut nya ada satu tempat untk mereka tu biar dia rem kat situ je tank ganggu pengguna jalan raya yang lain...
ReplyDeleteselamat hari raya abah,,hihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah, Allah kurniakan keselamatan buat kita semua sejauh ini....selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
ReplyDelete