Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 22, 2012

1 Harimau Malaya Kena Suntik Dengan Datuk Seri Najib

Tajuk artikel sebenar di surat khabar Berita Harian adalah Harimau Malaya Dapat Suntikan Semangat, tapi saja nak tukar bagi lebih menarik.

Semalam Datuk Seri Najib telah meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau latihan skuad negara dan mendengar penerangan daripada pengurus pasukan Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih Datuk K Rajagobal mengenai persediaan skuad negara.


Malaysia akan membuka tirai perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki AFF menentang Singapura pada Ahad ini, kemudian akan berdepan dengan Laos pada 28 November sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Mudah-mudahan Malaysia mampu melakar sejarah sekali lagi dan mengekalkan kejuaraan Piala Suzuki AFF.

Insentif akan diberikan kepada mereka seandainya berjaya.

Tapi bila fikirkan perlawanan persahabatan yang lalu bertemu dengan Thailand, Laos, Hong Kong dan Bangladesh macam tipis je peluang.

Tapi bola itu bulat dan 90 minit masa yang diperuntukkan untuk skuad Harimau Malaya berjuang habis-habisan!

1 comments:

  1. tak letak harapan tinggi la walaupun kapten dia beriya2 berjanji..ekekek

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi baca dan drop komen.
Jangan lupa like page fb abah khalisha

Busuk.org

GuaBlog

Apesal

 

abah khalisha Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates